Stevia Tea

 Apakah itu Stevia ?

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.


Apakah kegunaan Stevia ?

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan.

Kelebihan Stevia ?
* Pemanis semula jadi

* Menurunkan kadar gula dalam darah

* Melawaskan kencing

* Menurunkan tekanan darah

* Membunuh bakteria

* Membunuh kulat

* Membunuh virus

* Mengurangkan keradangan

* Membantu menurunkan berat badan.

 Perasa / Flavor yang kami tawarkan.


Original Flavor.


Mint Flavor


Lemon Flavor


Strawberry Flavor


Passion Fruit Flavor